Friday, 3 May 2013

Pancake mudah dan sedap

Assalammualaikum

Kadang-kadang tu bila petang-petang anda mesti bingung hendak menyediakan sajian apa yang menyelerakan dan mudah bukan ? Jadi saya sebagai chef anda hari ini akan menunjukkan cara-cara hendak membuat pancake mudah dah sedap ! Sudah la tu una,Tak yah over OK .Resepi pancake kau ni resepi paling mudah dalam dunia.Jangan nak berlagak jadi chef pulak .Berkata aku pada diri sendiri .Oke resepi pancake ni memang mudah (sesuai la dengan tajuk diatas ).Kalau bagi yang tak pandai buat pon,for sure korang punyer pancake jadi sebab tahap resepi pancake aku ni memang tahap beginner .Antara bahan-bahannya ialah :

1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
 sedikit air
 Coklat masakan
 Madu
 Ice cream


Cara-caranya:
-Satukan tepung dengan baking powder.
-Asingkan putih dah kuning telur.
-Dalam satu bekas lain ,masukkan kuning telur,gula,dan susu segar.Kacau hingga sebati.
-Putih telur pula pukul sehingga putih dan kembang.
-Campurkan  semua bahan tadi dan kacau sehinnga sebati.
-Sedia untuk dimasak dengan api sederhana besar.
-Coklat masakan pula dicairkan untuk dimakan bersama pancake(kalau tak nak tambah coklat masakan pon  takpe)
Ni lah pancake yang aku siap buat.Even tak lawa pon sedap jugak .hehe .Then aku tambah coklat masakan,ice cream,dan madu untuk topping dia .Memang sedap dimakan waktu petang .Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment