Wednesday, 19 June 2013

Semester Akhir !

Assalammualaikum :)

Sedar tak sedar aku dah di semestar 5.Semester akhir untuk Diploma Pengurusan Ladang .Semester akhir untuk belajar lah.Lepas ni untuk semester 6 aku kena buat praktikal .Disebabkan aku semester akhir,ya Allah memang busy sangat-sangat . Banyak assignment kena buat.Before this memang banyak assignment jugak ,tapi untuk sem akhir ni memang ya rabbi nala punye banyak assignment . Dengan subject yang agak killer ,haa memang sesedap rasa lah kan ! Tapi aku tak kisah pon,adat la kita belajar kan .Nak tuntut ilmu kena la berusaha lebih untuk masa depan sendiri jugak . Berbalik pada assignment yang banyak tu ,meh aku senaraikan ,mula mula assignment untuk subject ENTREPRENEUR.Untuk subjek ni assignment nye kita kene buat bisnes dan keluarkan produk yang inovasi,kreatif dan kritis serta pelbagai tis lagi lah .Kemudian untuk subject AGRICULTURAL EXTENSION,lebih kurang macam ENTREPRENEUR jugak.Tapi kita kene buat method demo.Tak kisah lah korang nak buat produk ape,tapi kene tunjuk cara nak buat depan panel dan audiences kot ! Oke,then untuk subjek land survey,assignment nyer pulak,kene ukur tanah macam mana entah.Yelah sebab belum mula,aku nak describe lebih-lebih pon aku tak pandai sangat.Untuk field work untuk kos aku pulak,sebab kos aku memang ade field work untuk setiap sem.Untuk sem 5,kami kene ternak ayam dan puyuh .Tak cukup dengan tu,nak uruskan tempat praktikal lagi.Dan nak uruskan untuk muet .Haha .Banyak kan assignment aku untuk sem last ni,tapi mengapa aku masih depan laptop bermalas-malasan sambil meng update blog ? WHY UNA WHY? Haha .tapi ape ape pon ,untuk sem ni aku tekad untuk mengambil kembali anugerah dekan yang dah dua tahun aku tak dapat.Untuk sem 5 dan 6 akan datang aku nak berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh .Amin .Fighting UNA :)
Amboi ,putih nyer kau jah .HAHA
Busy-busy pon sempat jugak meet dengan si dia .Thanks awak jumpa saya :)




Tuesday, 11 June 2013

Pendapatan dari Assign Job

Hari tu aku ada update pasal Assign Job kan? Kalau tak ingat atau tak baca lagi, boleh klik sini .So entry kali ni aku nak tunjuk dekat uolls berapa income yang aku dah dapat dan berapa job yang aku dah buat .
Ada 6 jobs yang aku dah buat.Tapi malu ada decline.Hikhik .Decline tu maksudnya kerja yang aku buat dia tak approve.Ada dua pulak tu decline.Rugi kot .Masa tu tak pandai buat kerja lagi,tapi bila tanya dekat bloggers lain di blog dorang dan dorang aja macam mana nak buat jobs tu alhamdulillah lepas 2 job yang tak berjaya tu aku boleh buat dengan baik.Semua dah dicomfirmed.Bila dah comfirm duet pon masyuk la.Haha
Nampak tak berapa gaji aku ? $3.20 bersamaan dengan RM9 lebih nak dekat RM10 lah.Aku tak tahu accurate dia so aku assume nak dekat RM10 sebab nak convert ke matawang Malaysia kene darab dengan RM3 lebih macam tu lah .Serious talk! Memang best sebab bila kerja korang employer approve then dapat duit,rasa macam waaaah touched :') .

Kalau korang masih tak faham,tak pe,korang boleh tinggalkan komen dan kalau nak lagi faham sila lah join.Sebelum join sila tinggalkan email korang.Nanti aku invite :)

Monday, 10 June 2013

Doa apabila menghadapi stress

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah aku selamat sampai di bumi arau.Aku sampai pagi tadi dalam pukul 8.30 pagi.Sebenarnya masa hari sabtu lepas 8/6/13 aku dah daftar kolej untuk kemasukan sem 5 di Uitm aku.Sedar tak sedar sem 5 dah .Hari sabtu tu family aku hantar balik Uitm,tapi entah macam mana aku boleh tertinggal barang penting kot.Dah sampai arau dah time tu.Sedih terkilan semua ada.Tapi nasib lah family aku tak bising.Dorang cadangkan aku ikut dorang balik hari ahad keesokkan harinya,then balik naik train malam selasa.Disebabkan aku akan balik seorang ma aku suggest ajak kawan.Terima kasih pada kak ain ex roomate aku yang sudi teman even dia presiden kolej.Sangat buzy dan sanggup skip kelas untuk teman aku. Dan malam tadi aku bertolak balik balik ke arau.Kali ni barang yang tertinggal tu aku dah prepare awal-awal.Tak nak tertinggal lagi dah.Jauh weh,aku dok perak.Takkan asyik nak ulang alik je kan? Mesti korang tengah wondering barang apa aku tertinggal,sorry tak mention sebab barang tu tak sepatutnya tinggal,tapi kalau korang dalam keadaan runsing,macam-macam korang buat pon tak kena.Betul tak ?Oke,dah sampai dah dekat Uitm.Kemas kemas barang then ada lagi satu tekanan .Sorry tak mention lagi sekali pasal apa.Entah la,kenapa jadi macam ni.Aku bukan merungut just aku wondering ,kenapa macam macam hal jadi.Korang bayangkan aku penat balik dari rumah ke uitm,then ada hal lain pulak merungsingkan aku.Aku terus call ma aku.Ma aku cakap sabarlah dan ingat Allah tak akan bagi ujian yang tak mampu seseorang hambanya tanggung.Betul tu,lepas aku call ma aku aku jadi lagi tenang .Dan aku baca doa untuk menangani tekanan supaya aku lagi tenang .Sebenarnya bukan masalah-masalah ni yang buat aku runsing.Before ni pon aku agak dalam keadaan moody disebabkan ada hal-hal tertentu.Dengan rasa berat hati nak tinggal ma aku.Dengan macam macam perasaan lagi.Kemudian balik Uitm ada lagi.In sha Allah semoga aku sentiasa tabah.
Aku baca banyak kali dan aku ingat pesan ma aku. Memang kadang tu benda tu kecil je pon,tapi kalau kita dalam perasaan yang tak tentu arah ,benda kecil pon kita akan pikir sampai jadi tekanan.Ape ape pon semoga aku sentiasa istiqamah dan sabar dalam menjalani setiap ujian dari Allah S.W.T kerana Allah adalah perancang yang terbaik. Semoga dengan setiap ujian dari Allah aku boleh dijadikan iktibar dan menjadi lebih kuat .Amin :')

Wednesday, 5 June 2013

Jom daftar Assign Job!

Assalamualaikum dan selamat malam sweetie/s

Untuk malam ni aku agak teruja because aku ada baca satu blog pasal Assign Job .Lepas baca-baca,aku agak tertarik dengan Assign Job ni sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb haa ada sebab nya,sebab nya Assign Job ni korang boleh dapat pendapatan dari rumah,tapi before korang nak dapat gaji tu,kena lah buat kerja.Kerja ape ? Nanti korang dah daftar,korang boleh la cari kerja macam aku dah daftar tadi ada kerja untuk facebook,insta n twitter.Kerja macam mana manolah eden tau kenn,eden pon baru laei daftar Assign Job ni haa.Tapi sesiapa yang ada blog sangat wajar dan harus lah daftar Assign Job ni.Sebab aku rasa task dia lebih kepada kita buat entry.

So,apa korang tunggu lagi,klik SINI !
1.Tekan Get Started
2.Korang isikan detail dan klik sign up.
3.Last,akan ada confirmation email,bukak email korang,klik link dia bagi.Dan account korang dah diaktifkan.

Bagi setiap pendaftaran yang berjaya ,dalam akaun korang dah ada $2.00.Macam sebagai pembakar semangat gitu.Nanti rajin-rajin lah bukak account korang tu,cari job ape yang available.Buat task,then dapat duit .Yeay ! :) 

Tuesday, 4 June 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree





Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





Monday, 3 June 2013

Ice cream goreng semudah 1,2,3

Assalammualaikum w.b.t .
'Okey ye anak-anak,hari ni wan nak menunjukkan,ha menunjukkan cara-cara,cara-cara nak buat ice cream goreng.Ice cream goreng ni wan selalu buat untuk anak-anak wan.Eh cik kiah dengan cik bedah nak pergi mana tu?Tengok dulu ni ha wan nak tunjuk cara nak buat'

Haaa.korang boleh agak tak gaya siapa tu ,gaya chef wan la.Mohon chef wan tidak bash aku kerana meniru caranya bercakap.He.Korang pernah makan ice cream goreng?Maybe certain pernah and certain tak pernah makan malah tak pernah lihat.Yelah,mana ada kedai jual kan,usually dijual dekat pasar malam or bazar cenggitu.Kalau beli pon macam agak mahal.Aku tak ingt berapa harga seketul ice cream goreng but aku pernah beli dekat bazar dekt Uitm aku,aku beli sekali je.Why aku beli sekali,mungkin mahal i wonder.So untuk overcome masalah mahal tu,aku buat sendiri ice cream goreng aku.Lantak aku lah kan nak letak perisa apa,berapa banyak inti aku nak letak dalam ice cream goreng aku.HAHAHA.Puas hati! .Korang bygkan kalau makanan kadang tu kita beli mahal,padahal kita boleh buat sendiri,tak ke berpatutan mahal heaven kot.Korang boleh sesuka hati mak nenek sebelah atuk jiran sebelah 3 dari kanan rumah korang berapa banyak kuantiti yang korang nak dalam makanan korang.Dah la korang puas hati,murah pulak tu.Aku ni kalau boleh murah lagi memang aku nak murah .Kihkihkih.

Berbalik pada resepi ice cream goreng semudah 1,2,3 tu tak lah hanya 3 step je.Aku saje letak 1,2,3 bg korang macam waaaaah senang je nak buat ice cream ni sebenarnya.Bahan-bahannye memang 3 bhan je.

Dan bahan-bahan  yang diperlukan ialah:

1.ice cream(tak kisah nak perisa apa)
2.Roti,kalau boleh roti jenama Gardenia sebab lembut,kalau jenama lain cepat patah
3.Bekas atau tupperware yang berlubang yang berbentuk bulat untuk membentukkan ice cream goreng.

Cara-caranya :
Ice cream yang abang aku belikan,jangan tanya kenapa tinggal separuh,sebab aku dah makan dlu.Panas angat! Pekena ice cream memang tindakan yang patut diambil semasa musim panas yang melanda Malaysia sekarang.
Mula-mula,korang letak ice cream diatas roti.Agak-agak tau letak.Jangan letak banyak macam nak membunuh sebab takut bocor nanti .Macam picture diatas dah ok dah.

Next,letakkan another roti atas roti tadi,then amek la bekas ape2 yang bentuk bulat,korang presskan.

So,nanti akan jadi bentuk macam ni.Korang bekukan dulu untuk semalaman .Untuk 4-5 jam pon dah memadai.Tapi for the best result korang bekukan lah semalaman supaya ice cream dalam tu tak cair. 
Peringatan! Kalau nak goreng korang goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.Macam depp fry gitu.Goreng kejap je tau.Bile dah kekuningan boleh angkat dah .

Dah siap goreng,sedia untuk dihidang :)

Selamat Mencuba!

Eh ,dah kenapa ada gmbar beliau ni.Abaikan .Bye !