Monday, 10 June 2013

Doa apabila menghadapi stress

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah aku selamat sampai di bumi arau.Aku sampai pagi tadi dalam pukul 8.30 pagi.Sebenarnya masa hari sabtu lepas 8/6/13 aku dah daftar kolej untuk kemasukan sem 5 di Uitm aku.Sedar tak sedar sem 5 dah .Hari sabtu tu family aku hantar balik Uitm,tapi entah macam mana aku boleh tertinggal barang penting kot.Dah sampai arau dah time tu.Sedih terkilan semua ada.Tapi nasib lah family aku tak bising.Dorang cadangkan aku ikut dorang balik hari ahad keesokkan harinya,then balik naik train malam selasa.Disebabkan aku akan balik seorang ma aku suggest ajak kawan.Terima kasih pada kak ain ex roomate aku yang sudi teman even dia presiden kolej.Sangat buzy dan sanggup skip kelas untuk teman aku. Dan malam tadi aku bertolak balik balik ke arau.Kali ni barang yang tertinggal tu aku dah prepare awal-awal.Tak nak tertinggal lagi dah.Jauh weh,aku dok perak.Takkan asyik nak ulang alik je kan? Mesti korang tengah wondering barang apa aku tertinggal,sorry tak mention sebab barang tu tak sepatutnya tinggal,tapi kalau korang dalam keadaan runsing,macam-macam korang buat pon tak kena.Betul tak ?Oke,dah sampai dah dekat Uitm.Kemas kemas barang then ada lagi satu tekanan .Sorry tak mention lagi sekali pasal apa.Entah la,kenapa jadi macam ni.Aku bukan merungut just aku wondering ,kenapa macam macam hal jadi.Korang bayangkan aku penat balik dari rumah ke uitm,then ada hal lain pulak merungsingkan aku.Aku terus call ma aku.Ma aku cakap sabarlah dan ingat Allah tak akan bagi ujian yang tak mampu seseorang hambanya tanggung.Betul tu,lepas aku call ma aku aku jadi lagi tenang .Dan aku baca doa untuk menangani tekanan supaya aku lagi tenang .Sebenarnya bukan masalah-masalah ni yang buat aku runsing.Before ni pon aku agak dalam keadaan moody disebabkan ada hal-hal tertentu.Dengan rasa berat hati nak tinggal ma aku.Dengan macam macam perasaan lagi.Kemudian balik Uitm ada lagi.In sha Allah semoga aku sentiasa tabah.
Aku baca banyak kali dan aku ingat pesan ma aku. Memang kadang tu benda tu kecil je pon,tapi kalau kita dalam perasaan yang tak tentu arah ,benda kecil pon kita akan pikir sampai jadi tekanan.Ape ape pon semoga aku sentiasa istiqamah dan sabar dalam menjalani setiap ujian dari Allah S.W.T kerana Allah adalah perancang yang terbaik. Semoga dengan setiap ujian dari Allah aku boleh dijadikan iktibar dan menjadi lebih kuat .Amin :')

1 comment: