Thursday, 1 August 2013

Mari download font yang menarik untuk laptop korang

Assalammualaikum
Alhamdulillah hari ni sudah genap 25 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan .Ada yang tak cukup 25 hari tak ? Ala,biasa la kalau tak cukup exspecially yang perempuan .Masalah perempuan la katekennn . Ok ,untuk hari ni ,aku nak bagitahu korang yang kita boleh download font yang menarik,cantik,kiut miut lagi tebabom wa cakap lu .Nak download dekat mana ?

1. Korang tekan link ni . Dafont.com
2.Nanti akan ada keluar interface macam ni kan ?
3.Korang boleh pilih font mana yang korang nak based on category yang ada di atas .Scroll atas ada banyak kategori font yang korang boleh pilih .Lepas dah berkenan dekat mana-mana font yang korang suka.Korang klik download macam gambar di atas.
4.Lepas dah download ,korang bukak file korang tu,then klik extract to macam gambar di bawah .
5.Dah klik,akan keluar location dekat mana korang nak letak font tu,macam aku senang aku letak dekat desktop je . Senang nak cari balik .
6.Last step,korang klik balik font yang korang dah save tadi,then klik install .Dalam beberapa saat je,font yang korang pilih dah di install dekat laptop korang .So kalau nak buat assignment ke,memerlukan font yang menarik ,korang boleh la download dekat Dafont.com .

XOXO.publish !



Saturday, 13 July 2013

DiGi -Easy Prepaid

Assalammualaikum dan selamat pagi
Rasanya memang lama giler aku tak update blog . Lagipon bukan ada pembaca setia so kau husna jangan nak buat teruk kalau kau lame tak update blog . HAHA . So kali ni aku nak cerita pasal DiGi pulak.Dulu aku ade cerita pasal Umobile .Bagi yang tak ingat or tak baca lagi ,sila klik sini . Untuk DiGi Easy Prepaid ni rasanya ramai dah kan yang tahu, tapi aku still nak buat review jugak . Bagi DiGi Easy Prepaid ni menawarkan Buddyz .Apa itu Buddyz ? Buddyz ni korang boleh aktifkan mana-mana number DiGi pilihan korang sebagai Buddyz dekat menu DiGi . Mula-mula dail *128# > 1.Akaun Saya>8.Friends and Family>Masukkan number DiGi kawan or family korang untuk dijadikan Buddyz and Done !
Apa kelebihan Buddyz ni ? 
1.Sms FREE untuk number Buddyz yang korang dah aktifkan.
2.Call FREE untuk number Buddyz yang korang dah aktifkan.
3.Korang boleh register 3 number DiGi pilihan korang ,so korang boleh cakap dan sms bile-bile masa je sepanjang hayat korang FREE dengan 3 number Buddyz korang TANPA CAJ! Ni namanya sembang sampai lebam .

Untuk lebih keterangan ,sila klik sini. Bagi aku Buddyz ni memang berbaloi untuk korang yang suka on the phone dengan kawan or family korang .Bagi yang kapel toksah ceghite la keeennn,memang heaven lah sebab boleh lama cakap dan free pulak tu.Tapi peringatan ,jangan lupa topup bagi mengaktifkan number DiGi.Karang aku tak bagitahu ,salahkan aku pulak kan sebab tak boleh berbuddyz dengan kawan korang.
Eh,aku cakap-cakap ni,mesti korang wondering kan aku ni cerita kencang ,pernah try ke number DiGi ni.Jawapan nya..

Mestilah aku dah cuba.Ni number DiGi yang aku dah beli,aku beli pon sebab si dia suruh ,yelah nak free call lah katekan .mihmihmih.Dah tiga number aku pakai sekarang.Number Umobile untuk internet dan member,number maxis untuk family,dan DiGi untuk sidia.Handphone pon 3 lah jugak kan . Untuk number DiGi yang bukan Easy Prepaid pon korang boleh buat Buddyz,korang try cari dekat menu DiGi yek . 

Oke,done for today .XOXO .publish !






Saturday, 6 July 2013

Tutorial nak letak cursor yang kiut miut

Assalamualaikum dan selamat tengah hari peeps !
Kali ni aku nak buat tutorial macam mana nak letak cursor yang comel dekat blog .

cara-caranya (macam rancangan memasak pulak)
1.Mula-mula klik sini. CURSOR
2.Pilih la cursor mana yang korang suka ,klik ,then copy code yang dia bagi .
3.Then korang copy pulak code di bawah ni
 
<style>body {cursor:url(URL ICON), url(URL ICON), auto;} </style>
<a href="LINK BLOG KORANG" target=_blank><div style="height: 50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>

4.Korang replace la yang warna merah dengan code cursor yang korang copy td.Untuk warna kuning korang paste link blog korang.
5.Kemudian,pergi dekat dashboard>Design>Add Gadget>HTML/JavaScript
5.Kemudian paste code yang korang dah edit tu.Save !

Selamat mencuba :)

Friday, 5 July 2013

My Wishlists

Assalamualaikum dan selamat malam !Agak lama jugak lah aku tak mengeupdate blog .Ya Allah,bayangkan masa aku nak update blog,banyak sangat halangan .First!dengan kelasnya .Second!Aku jarang on lappy.Third! Aku tak de benda nak stroy .Fourth! Aku malas . Rasanya yang keempat tu paling mendominasi .Kalau malas ta de feel la nak update weh.Kalau update po,TAip-taip then tekan backspace baliksebab cerita tak best. Berbalik  pada tajuk diatas.Aku pon macam manusia biasa jugak yang punya keinginan dan aku telah membuat wishlists aku ,tapi tak banyak la. Nak banyak kena banyak duit
1.Samsung Galaxy Grand (RM1500)
Antara sebab-sebab aku nak beli sem boleh taruk 2 sim.So aku boleh la taruk sim aku yang berlambak tu dekat handphone ni .Tu pon kalau aku dapat beli la.

2.Kereta Kancil 
Why aku nak beli ? Sebab senang nak bersiar-siar.Senang jawapan aku :p

Done entry for kali ni :) ,Oke publish .XOXO .Ahaks





Wednesday, 19 June 2013

Semester Akhir !

Assalammualaikum :)

Sedar tak sedar aku dah di semestar 5.Semester akhir untuk Diploma Pengurusan Ladang .Semester akhir untuk belajar lah.Lepas ni untuk semester 6 aku kena buat praktikal .Disebabkan aku semester akhir,ya Allah memang busy sangat-sangat . Banyak assignment kena buat.Before this memang banyak assignment jugak ,tapi untuk sem akhir ni memang ya rabbi nala punye banyak assignment . Dengan subject yang agak killer ,haa memang sesedap rasa lah kan ! Tapi aku tak kisah pon,adat la kita belajar kan .Nak tuntut ilmu kena la berusaha lebih untuk masa depan sendiri jugak . Berbalik pada assignment yang banyak tu ,meh aku senaraikan ,mula mula assignment untuk subject ENTREPRENEUR.Untuk subjek ni assignment nye kita kene buat bisnes dan keluarkan produk yang inovasi,kreatif dan kritis serta pelbagai tis lagi lah .Kemudian untuk subject AGRICULTURAL EXTENSION,lebih kurang macam ENTREPRENEUR jugak.Tapi kita kene buat method demo.Tak kisah lah korang nak buat produk ape,tapi kene tunjuk cara nak buat depan panel dan audiences kot ! Oke,then untuk subjek land survey,assignment nyer pulak,kene ukur tanah macam mana entah.Yelah sebab belum mula,aku nak describe lebih-lebih pon aku tak pandai sangat.Untuk field work untuk kos aku pulak,sebab kos aku memang ade field work untuk setiap sem.Untuk sem 5,kami kene ternak ayam dan puyuh .Tak cukup dengan tu,nak uruskan tempat praktikal lagi.Dan nak uruskan untuk muet .Haha .Banyak kan assignment aku untuk sem last ni,tapi mengapa aku masih depan laptop bermalas-malasan sambil meng update blog ? WHY UNA WHY? Haha .tapi ape ape pon ,untuk sem ni aku tekad untuk mengambil kembali anugerah dekan yang dah dua tahun aku tak dapat.Untuk sem 5 dan 6 akan datang aku nak berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh .Amin .Fighting UNA :)
Amboi ,putih nyer kau jah .HAHA
Busy-busy pon sempat jugak meet dengan si dia .Thanks awak jumpa saya :)




Tuesday, 11 June 2013

Pendapatan dari Assign Job

Hari tu aku ada update pasal Assign Job kan? Kalau tak ingat atau tak baca lagi, boleh klik sini .So entry kali ni aku nak tunjuk dekat uolls berapa income yang aku dah dapat dan berapa job yang aku dah buat .
Ada 6 jobs yang aku dah buat.Tapi malu ada decline.Hikhik .Decline tu maksudnya kerja yang aku buat dia tak approve.Ada dua pulak tu decline.Rugi kot .Masa tu tak pandai buat kerja lagi,tapi bila tanya dekat bloggers lain di blog dorang dan dorang aja macam mana nak buat jobs tu alhamdulillah lepas 2 job yang tak berjaya tu aku boleh buat dengan baik.Semua dah dicomfirmed.Bila dah comfirm duet pon masyuk la.Haha
Nampak tak berapa gaji aku ? $3.20 bersamaan dengan RM9 lebih nak dekat RM10 lah.Aku tak tahu accurate dia so aku assume nak dekat RM10 sebab nak convert ke matawang Malaysia kene darab dengan RM3 lebih macam tu lah .Serious talk! Memang best sebab bila kerja korang employer approve then dapat duit,rasa macam waaaah touched :') .

Kalau korang masih tak faham,tak pe,korang boleh tinggalkan komen dan kalau nak lagi faham sila lah join.Sebelum join sila tinggalkan email korang.Nanti aku invite :)

Monday, 10 June 2013

Doa apabila menghadapi stress

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah aku selamat sampai di bumi arau.Aku sampai pagi tadi dalam pukul 8.30 pagi.Sebenarnya masa hari sabtu lepas 8/6/13 aku dah daftar kolej untuk kemasukan sem 5 di Uitm aku.Sedar tak sedar sem 5 dah .Hari sabtu tu family aku hantar balik Uitm,tapi entah macam mana aku boleh tertinggal barang penting kot.Dah sampai arau dah time tu.Sedih terkilan semua ada.Tapi nasib lah family aku tak bising.Dorang cadangkan aku ikut dorang balik hari ahad keesokkan harinya,then balik naik train malam selasa.Disebabkan aku akan balik seorang ma aku suggest ajak kawan.Terima kasih pada kak ain ex roomate aku yang sudi teman even dia presiden kolej.Sangat buzy dan sanggup skip kelas untuk teman aku. Dan malam tadi aku bertolak balik balik ke arau.Kali ni barang yang tertinggal tu aku dah prepare awal-awal.Tak nak tertinggal lagi dah.Jauh weh,aku dok perak.Takkan asyik nak ulang alik je kan? Mesti korang tengah wondering barang apa aku tertinggal,sorry tak mention sebab barang tu tak sepatutnya tinggal,tapi kalau korang dalam keadaan runsing,macam-macam korang buat pon tak kena.Betul tak ?Oke,dah sampai dah dekat Uitm.Kemas kemas barang then ada lagi satu tekanan .Sorry tak mention lagi sekali pasal apa.Entah la,kenapa jadi macam ni.Aku bukan merungut just aku wondering ,kenapa macam macam hal jadi.Korang bayangkan aku penat balik dari rumah ke uitm,then ada hal lain pulak merungsingkan aku.Aku terus call ma aku.Ma aku cakap sabarlah dan ingat Allah tak akan bagi ujian yang tak mampu seseorang hambanya tanggung.Betul tu,lepas aku call ma aku aku jadi lagi tenang .Dan aku baca doa untuk menangani tekanan supaya aku lagi tenang .Sebenarnya bukan masalah-masalah ni yang buat aku runsing.Before ni pon aku agak dalam keadaan moody disebabkan ada hal-hal tertentu.Dengan rasa berat hati nak tinggal ma aku.Dengan macam macam perasaan lagi.Kemudian balik Uitm ada lagi.In sha Allah semoga aku sentiasa tabah.
Aku baca banyak kali dan aku ingat pesan ma aku. Memang kadang tu benda tu kecil je pon,tapi kalau kita dalam perasaan yang tak tentu arah ,benda kecil pon kita akan pikir sampai jadi tekanan.Ape ape pon semoga aku sentiasa istiqamah dan sabar dalam menjalani setiap ujian dari Allah S.W.T kerana Allah adalah perancang yang terbaik. Semoga dengan setiap ujian dari Allah aku boleh dijadikan iktibar dan menjadi lebih kuat .Amin :')