Friday, 31 May 2013

Segmen Menang Blouse Tribal #2

1.Klik sini ! *WAJIB (Tunggu sampai habis loading)
2.Follow  blog http://www.ainamansor.com/
3.Like facebook page ainamansor.com
4.Buat entry yang bertajuk Segmen Menang Blouse Tribal #2
5.Tinggalkan link entry di ruangan komen blog ainamansor.com
6.Done !  Semoga saya ada luck :)

Tutorial nak letak Nuffnang dalam blog

Assalammualaikum..
Untuk entry kali ni aku nak tunjuk tutorial macam mana nak letak Nuffnang dalam blog .Eh ape tu Nuffnang ?Nuffnang adalah satu company iklan yang akan tumpang dalam korang punya blog .Maksudnya ,korang tolong iklankan iklan mereka dalam blog korang .Kalau ada pelawat yang klik iklan tu,korang boleh dapat income . Nanti dalam acc Nuffnang korang akan masuk la amount.Kalau amount tu melebihi Rm50 ,korang akan dapat cek dari pihak Nuffnang dan korang boleh cash out.Untuk dapat amount tu,korang kena la selalu update blog dan tambah ramai follower .Tapi amaran keras ye .Pendapatan dari Nuffnang ni korang jangan buat sebagai pendapatan tetap sebab tak menentu income nya . Tutorial yang aku buat ni memang senang sangat,korang tak kan pening lalat sorang -sorang depan laptop nak buat nuffnang ni

Mula-mula , pergi dekat google,taip Nuffnang
Nanti keluar macam ni kan ? korang klik Join Nuffnang. Next korang kene isi semua butiran diri,isi je .Ikut je instruction yang dia suruh.
Dah siap isi semua butiran diri ,korang klik Manage my blog .

Bila keluar macam ni ,korang klik Add a unit ,Add a unit tu under tulisan Add a blog.Kenapa aku tak ade ? Sebab aku dah letak semua iklan .Jangan risau ,dekat korang mesti ada .
Oke ,bila dah keluar macam ni,korang boleh pilih jenis iklan macam mana korang nak letak dalam blog korang .Kalau boleh amek je semua jenis iklan .Nanti bila korang klik yang mana korang pilih ,akan keluar code .korang copy dlu kod nya . 
Dah keluar kan code dia.jangan lupe copy .

Next,pergi dekat dashboard>layout>Add a gadget.

Klik HTML,then korang paste codenya .Lastly save .Senang kan ? :) Done!
 Ada ape ape pertanyaan ,sila pergi nyatakan soalan anda di ruangan komen .Harap maklong ! :)







Thursday, 30 May 2013

Review Bio Essence Bio Spring water

Assalammualaikum ..
Pernah dengar pasal Bio Essence Bio Spring water ni ? Ok,let me inform you first.Bio spring water ini adalah  sprayer yang boleh korang spray dekat korang punya face,skin,also hair! Pendek kata,seluruh badan korang korang boleh spray dengan Bio Spring water ni .Kalau agak letih dan muka bermaya,korang boleh spray,serious talk memang korang akan rasa muka korang fresh lepas applied Bio Spring water ni.Aku pakai pon nak dekat setahun lah.Feedback dia memang bagus.

Taraaaa ! Ni lah Bio Spring water. Antara function-functionnya ialah :
wajah
- Kawalan minyak berkesan
- Menapis liang
- Memutihkan & mencerahkan kulit
- Firma kulit dengan keanjalan yang lebih baik
- Mengurangkan lingkaran hitam
- Melegakan kulit sensitif
- Melegakan jerawat & mengurangkan kemerahan
- Gunakan selepas make-up untuk melihat lebih tahan lama & semulajadi
- Melembapkan dan menyuburkan kulit
- Mengurangkan keletihan, tenaga
- Melegakan kulit selepas rawatan

rambut
- Melembutkan rambut
- Melegakan kekeringan & bercabang

badan
- Menyegarkan dan melegakan kulit selepas senaman
- Melembut dan menenangkan kulit kerosakan
- Di bawah matahari terik untuk melembapkan dan menyegarkan kulit

bagi bayi
- Penjagaan kulit Ideal untuk bayi
- Melegakan ruam lampin

Hah? Ada gaya macam pelakon korea ? Aish,korang tak payah nak puji lebih-lebih,gambar atas ni gambar aku lah.Aku nak tunjuk sikit cara yang betul masa korang nak spray dekat muka.Jarak antara muka dengan spray agak-agak lah.Asal angin boleh lalu antara muka dengan spray dah ok dah .Kenyit sebelah mata supaya nampak lebih elegen sambil tangan berada pada sudut 120 darjah.Kalau tak boleh buat ,try je sampai boleh .

Tehee. Eh lupa nak cakap ,harga sebotol Rm 29.90. Korang boleh dapatkan di pasaraya terdekat.Dekat guardian ada,watsons ada . :) Selamat mencuba !



Tuesday, 28 May 2013

Tutorial nak letak lagu dalam blog

Untuk entry kali ni aku nak buat tutorial macam mana nak letak lagu feberat dalam blog.Kadang tu mesti korang pernah bukak blog orang lain ,then ada lagu.Macam best kan ? So tutorial yang aku nak buat ni sangatlah senang sehingga korang boleh buat sambil tutup sebelah mata.Tak caya cuba satg.Nak menunjukkan yang tutorial aku ni memang senang sangat.Tutorial tak payah nak cerita panjang-panjang sebab kalau ada individu macam aku yang malas nak baca mesti dah tekan button pangkah kalau baca explaination yang panjang gila.

Caranya :
1.Click dekat sini http://scmplayer.net/
2.Pilih skin yang korang suka
3.Click Edit Playlist untuk tambah lagu,nak senang korang bukak youtube,kemudian pastekan URL mv yang korang nak.
4.Next,click configuration setting

5.Boleh setting untuk autoplay,means bila orang bukak blog korang terus lagu tu terpasang.Ikut camne korang nak lah.
6.Dah puas hati dengan setting,korang boleh tekan Done.
7.Nanti keluar code,copy code tu.Then pergi dekat dashboard blog korang,amek Layout>Add gadjet>Add HTML code>paste code yang korang copy tadi.Next,save.Selesai !
 Selamat Mencuba :)

Monday, 27 May 2013

Entry special for someone special in my heart

Hari ni adalah 28/5/2013.Pada 23 tahun yang lepas,lahirlah seorang baby lelaki yang sihat dan comel.Dan sekarang dah membesar menjadi seorang lelaki yang handsome,comel dan tampan.Dan lelaki inilah yang selalu buat aku happy,selalu bagi nasihat dekat aku,dan janji akan jaga aku.Alhamdulillah sedar tak sedar dah 23 tahun dah kesayangan aku ni.He.Lagipon hari ni jugak dah 4 tahun 8 bulan kami berkawan.Perkataan berkawan lagi sesuai digunakan .Eleh kalau korang mesti boleh pikir kan.Remaja sekarang kenn .Hikhik.Eh ,tulis panjang-panjang tak mention nama pulak.Nama beliau Muhammad Saiful Haris.Dulu aku ada update blog pasal kiteorang.Click sini http://nazwatulhusna.blogspot.com/2013/03/assalamualaikum-hope-uolls-sihat-sihat.html . Dikesempatan ni nak wish lah jugak ken. Even aku dah wish dekat whatsapp dan fb,aku nak jugak wish dekat dalam blog."Abang,selamat hari lahir ye. *firework* .Semoga panjang umor dan murah rezeki.Semoga sukses jugak dalam apa jua yang abg lakukan.*Eh ,macam lebih kurang pulak wish aku ni dengan whatsapp yang aku hantar.He,nanti boleh tuntut hadiah dari kite,tpi jangan mahal,kite tak ada duit sgt.Nak belanja secret recipe tu lepas lah. I LOVE U SAYANG <3 .
Yang sebelah kiri tu lah kesayangan saya . Muka kami lebih kurang sama kan ? Orang cakap muka lebih kurang sama ada jodoh.Harap-harap lah cenggitu.Yelah dah lama berkawan kan mesti lah nak happy ending ye dok ? Nak ada anak comel ,haa gittew .Amboi kau jah,kemain berangan kan? Diploma pon tak habis lagi.Ape ape pon harap u olls doakan kami cepat bertemu jodoh.Lagi cepat lagi bagus . :)

Running Man akan bersiaran di tv2 bermula 1 Jun

Assalammualaikum..
Ni haa kiah ada ceghite hot petang ni .Meh sini jemah bedah patimah izara aisah siti norhalija nogha denish ramona jam jam meh sini meh .Kiah nak cakap ni haa,lelaki berlari atau dalam bahasa omputih nya Running Man akan bersiaran di tv2 bermula pada 1 Jun 2013.Tulis siap-siap tahun karang bermula 1 Jun 2030 ke,marah pulak korang kan .Tunggu je la depan tv.Tercongok sambil garu bontot,upenye tahun 2030 .Haha.Oke ,Running Man ni akan bersiaran pada pukul 4 petang.Nanti dah nak dekat pukul 4 tu korang ajok le pemili korang berkumpul depan tb tu haa.Nengok le same-same.Udoh tu buat la cekodok ke.Untuk kudap-kudap petang kan.Mesti seghonok kiah cakap lu .Haha

Kiah paling minat Kim Jong Kook.Aish udah le taff hensem pulak tu.Gentlemen lagi .Ahaks .Tak sabar nak tunggu 12 Jun sebab hari tu birthday kiah.Eh ! terpromote pulak .K lah ,Bye :)

Yeah!Terima kasih Nufnang :)

Assalammualaikum
Hye bloggers! Hari ni happy sgt sebab dapat hadiah dari nufnang.Haa,cenggane pulak kan aku boleh dapat hadiah dari nufnang kan ? Sebab aku ada letak advertisement nufnang dekat blog.Walaupon hanya ciput je amount dia dengan hanyalah sebanyak RM0.25 tapi aku eksaitod sangat noks ! hikhik.Yelah duk rumah goyang punggong kaki then dapat duit.Siapa nak bagi free-free kan.Tak pe,lame-lame in sha Allah membiak lah duit tu .Just kena berusaha bersungguh-sungguh update selalu blog and kumpul sweet reader bebanyak macam korang keeennnnn >.<

See,nampak kan amount yang nufnang bagi, nnti bg byk byk lagi tau incik nufnang .Boleh saya g cash-out .Yeay~

Wednesday, 22 May 2013

Apply the best theme in your smartphone :)

Hye guys and sweetie bloggers :) .As we have mention that from the title above,i will show you a  few theme that we can apply in our smartphone .Kemain pulak aku berbahasa asing ni kenn.Yelah bak kata pm kite,memperkasa bahasa inggeris ,mempertabatkan bahasa melayu uolls.Untuk peringatan,theme yang aku akan tunjuk nanti hanya boleh digunakan di smartphone yang menggunakan sistem operasi Android sahaja.Untuk iphone boleh jugak.Tapi untuk phone blackberry tak boleh ye cik puan.Maaf lah,sebab saya pemakai smartphone Android,so tahu pasal Android je lah >.< .So before korang nak applykan theme yang cantik-cantik,korang kenee install GO LAUNCHER EX dahulu.Dengan adanya applikasi GO LAUNCHER EX ni,korang baru boleh guna theme yang korang download.Kalau ta ada,theme yang korang download itu tak boleh diapplykan.Dengan kata lain,theme yang korang download tu hanya boleh diapplykan dengan adanya GO LAUNCHER EX tu.Understood ?
Ni adalah lambang Go Launcher Ex tu,korang boleh install dekat Apps Store yang ada dekat smartphone korang :)
Di bawah aku ada listkan beberapa theme yang comel,cantik,kiut miut,gojes dan sesuai digunakan exspecially untuk perempuan.Yelah perempuan ni kan suka letak theme yang kiut miut dekat phone diorang.Tapi bukan perempuan je,lelaki pon apa kurangnya .

Theme : Gentlemen



Theme :Iphone theme




 Theme :cute wedding


Cantik kan? Takde la nampak bosan je. Selain korang boleh apply theme yang cantik,korang boleh tukar korang punya appereance .nanti dalam lain entry aku post pulak pasal appreance smartphone korang okeyh :)

Saturday, 18 May 2013

U Mobile Kadar Internet Terendah

Hai hai dan hai ! Hari ni aku nak cerita pasal Umobile yang menawarkan kadar internetTERENDAH!Wow,kalau cakap terendah terbeliak ye mata korang.Mulut tu sila tutup sikit,nanti masuk lalat acano,kalau masuk lalat tak pe lagi,masuk kambing ke,kwangsoo(zirafah) ke or etc.Hikhik,oke straight to the point.

Pasal kadar terendah tu,Umobile ada menawarkan UMI 18,28,38,dan 48. Ni link dia.Sila klik di sini http://www.u.com.my/prepaid/unlimited-mobile-internet-plan.UMI ni bermaksud pakej yang korang boleh pilih.Korang boleh subscribe internet dengan mendail *118# ,kemudian pilih mobile internet,kemudian ambil unlimited mobile internet,then pilih subcribe,then akan keluar pakej mana yang korang nak ambil.


Macam aku,aku ambil pakej yang UMI 18,so,korang topup la dalam RM30,then bila subcribe yang 18 punya,dia akan tolak RM18.Ada lagi balance RM12.Umobile ni pulak agak murah kalau nak text dengan number lain.Sila klik sini pulak untuk more detail.http://www.u.com.my/prepaid/free_sms_and_calls .Yelah kalau macam maxis,nak murah kena buat active 10 kan,tapi Umobile dengan semua rangkaian lain murah iaitu 8 sen.Umobile dengan  Umobile pulak 3 sen.Kalau korang hantar 6 mesej kepada number Umobile,afterward korang akan dapat 20 mesej free weh! .Haaa.ok sgt kan ? .Oke,berbalik pada pakej internet tadi,bila korang subscribe internet,korang akan dapat free call n free mesej .Best kan ? Jimat lagi dekat situ.Lagi ramai kawan korang pakai number Umobile,lagi jimat .Hehe.AND ANDDD AND one more thing,ada lagi best,Umobile ni bila korang topup,validity dia 3 credit validity.Maksudnya topup RM10 ,sebulan la validity nya,best kan ?Haa,apepepon korang kena try dlu okeyh.Baru la tahu . Oke bai :)

Adik doakan semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang beriman.Amin

Assalamualaikum ..
Pada tarikh 7/5/2013,tarikh yang tidak disangka-sangka.Arwah abahku meninggalkan kami sekeluarga.Memang agak susah nak menyesuaikan diri pada mulanya.Mama paling susah hendak berhenti menangis.Ya Allah ,memang aku pon pada masa itu terasa lemah.Tapi aku kena kuatkan juga,tidak boleh selalu bersedih didepan mamaku.Kalau aku sedih sudah pasti mamaku lagi sedih .Arwah abah tidak ada mengidap apa-apa penyakit.Cuma sebelum meninggal arwah ada mengadu demam dan sakit dada.Apepepon aku berazam nak menjadi orang yang berjaya ,anak yang solehah ,supaya mama dan arwah abah bangga . ;')
"Ya Allah ya tuhanku,adik berdoa agar roh abah dicucuri rahmat.semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang beriman.Amin :) "

Monday, 6 May 2013

Power Bank Satu Keperluan .

Assalamualaikum
Selamat petang dan salam satu Malaysia ! Amboi ,mentang-mentang semalam PRU 13 . Kemain aku bagi salam .Hehe. Oke pasal parti politik apa yang menang ,pasti satu Malaysia sudah tahu keputusannya.Apapun keputusan semuanya dibuat atas undi rakyat .Jadi rakyat yang mentukan.Keputusan perlulah diterima dengan hati yang terbuka dan minda yang lapang bukan dengan segala jenis cacian di media massa seperti di Facebook,Twitter,mahupun di social network lain .Eh ,social network ? Memandai je kau campur adukkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris ye husna .Oke .stop pasal PRU 13 ni .Lagipon aku tak cukup umur nak mengundi,jadi tak mahu nak bercerita kencang mahupun tsunami atau ribut taufan mengenai politik ni.Nanti cakap lebih lebih ,salah pulak kan .'Padahal semalam kau tweet kemain pasal PRU ye husna kau tak ingat.HAHA' . (Mata ke atas,tangan di bahu)

Oke,staright to the point .Tajuk diatas pon sudah memberitahu apa yang aku nak bebelkan hari ini.Power bank ? Ada jugak sesetengah yang tak tahu apa itu power bank.Secara ringkasnya,power bank adalah portable yang boleh dibawa kemana mana dengan fungsi boleh men'cas'kan  telefon pintar anda.Yelah ,bateri telefon pintar tak sepintar telefonnya.Memang cepat sangat turun tambah pulak bila kita bukak packet data,main game dan dengar lagu.Kalau travel,jenis suka main game,dengar lagu,ade pulak satu je phone.Macam aku memang sangat sangat perlulah ade power bank ni. Aku nak recommend kt kat korang power bank jenama YOOBAO ni. Sangat senang nak dibawa kemana-mana dan sangat sesuai digunakan untuk apa sahaja jenis gajet .Let's check it out!
Ni la power bank yang aku guna. Tapi gambar di atas pinjaman dari Mr Google.Gambar bawah adalah power bank aku, Harga dalam Rm100 lebih. mAh dia 11200 capacity .mAh bermaksud berapa capacity power bank boleh support gajet .Untuk power bank jenis ni ,sume gajet boleh support .Tgk la ,power bank ni didatangi dengan 2 USB cable,so korang boleh charge 2 gajet dalam satu masa! Power bank ni jugak ada macam2 jenis USB port .Korang boleh tengok kan ade banyak .Boleh charge camera,tab,ipad.Haa .berbaloi kot beli power bank YOOBAO ni :)

Haaa.yang ni baru betul aku punya .Nampak tak ada 5 lampu yang warna blue tu .Means bile pakai power bank ni,kalau nak tahu berapa kali boleh pakai ,tengok dekat lampu biru tu. Kalau dah habis semua lampu tu ,korang kne charge balik power bank .Macam mana nak charge ? Alaa.macam charge nset korang laa :) .Tak tahu sangat bila beli ada manual .Sila baca.Jangan malas 

See.Nampak kan ada 2 USB port. Siap ada tochlight lagi .Kalau blackout boleh guna power bank sebagai torchlight .Hikhik :)

Friday, 3 May 2013

Resepi cocktail

Assalamualaikum
Malaysia is very hot .I always feel too sleepy and not energized .Hambek kau!Sepeking omputih tau kak ton oi ! HAHA .Tapi memang betul kan ?Lately ni memang Malaysia panas giler .Orang cakap tak elok merungut.Neraka lagi panas.Tapi kalau panas sangat sampai pening kepala .Bising jugak mulut aku.Then to overcome headache and feel so refreshing ,i ada resepi cocktail nak share dengan oulls .Hikhik.Senang sangat ! Lagipon aku pon tak plan nak buat cocktail.Aku pergi dapur,ternampak satu tin laici,aku bukak peti ais ,ada susu cair .Cantik lah ! Tengah panas macam ni pekena cocktail memang syiokk! .Untuk buat coktail memang senang .Taruk susu cair,taruk laici dalam tin sekali dengan air dia,taruk buah-buah lain(ikut sukati hati korang nak bubuh buah ape),taruk ais ketul.Done already ! Sedia untuk diminum :) Seriously,memang rasa refresh and rasa panas pon kurang sebab minum cocktail yang sejuk ni.Tapi kalau cocktail korang tak jadi,i wonder korang mesti bertambah 'panas' je dengan cocktail korang.Haha

Untuk hasil yang lebih bagus,letak la dalam peti ais sejam dua.Then minum.Ya Allah .sedap sampai rasa kedekut nak share dengan orang lain.Percayalah! 


*Kalau korang tak guna laici dalam tin .Korang tambah la air gula .Bagi manis.Aku tak tambah sebab bila guna laici dalam tin ada air dia dah kan.Air tu kan manis,aku campur terus dengan susu cair

Pancake mudah dan sedap

Assalammualaikum

Kadang-kadang tu bila petang-petang anda mesti bingung hendak menyediakan sajian apa yang menyelerakan dan mudah bukan ? Jadi saya sebagai chef anda hari ini akan menunjukkan cara-cara hendak membuat pancake mudah dah sedap ! Sudah la tu una,Tak yah over OK .Resepi pancake kau ni resepi paling mudah dalam dunia.Jangan nak berlagak jadi chef pulak .Berkata aku pada diri sendiri .Oke resepi pancake ni memang mudah (sesuai la dengan tajuk diatas ).Kalau bagi yang tak pandai buat pon,for sure korang punyer pancake jadi sebab tahap resepi pancake aku ni memang tahap beginner .Antara bahan-bahannya ialah :

1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
 sedikit air
 Coklat masakan
 Madu
 Ice cream


Cara-caranya:
-Satukan tepung dengan baking powder.
-Asingkan putih dah kuning telur.
-Dalam satu bekas lain ,masukkan kuning telur,gula,dan susu segar.Kacau hingga sebati.
-Putih telur pula pukul sehingga putih dan kembang.
-Campurkan  semua bahan tadi dan kacau sehinnga sebati.
-Sedia untuk dimasak dengan api sederhana besar.
-Coklat masakan pula dicairkan untuk dimakan bersama pancake(kalau tak nak tambah coklat masakan pon  takpe)
Ni lah pancake yang aku siap buat.Even tak lawa pon sedap jugak .hehe .Then aku tambah coklat masakan,ice cream,dan madu untuk topping dia .Memang sedap dimakan waktu petang .Selamat mencuba!




Thursday, 2 May 2013

Lain yang dirancang lain yang jadi

Assalamualaikum peeps :)

Rasa memang lama gila tak update blog.Dan hari ini tiba-tiba dapat hidayah nak update.Sebelum ni memang nak update,tapi aku malas nak log in blog,then upload gambar.Biasa lah tengah cuti sem kan,so rasa malas tu melampau-lampau pulak tahap petala punya malas kan. Jadi bila tengah cuti ni aku memang bukan individu yang gegeh nak cari kerja.Memang duduk rumah lah cerita dia kan.Then kawan aku ajak keluar.OK la. Kami rancang nak pergi book fair di PWTC.Tpi kami salah setting masa. Salah nya bila aku naik ETS dalam pukul 9 lebih nak dekat pukul 10 .Sampai KL sentral nak dekt pukul 12 . OK la, jadi tukar plan terus ke KLCC .Tak jadi ke PWTC. Plus ada kawan kami yang tak jadi meet .Ok .mula2 memang rasa macam down gile .Serabut dengan plan yang dah tunggang langgang .Kami terus ke KLCC .
Yang comel pakai tudung hijau tu muna .COMEL KAN ? :) . Yang lagi lawak dan aku menyesal sangat-sangat aku dengan muna bawak duit punya ciput .Ye lah ,mula plan nak g PWTC .Aku memang tak nak beli beria buku dekat sana sebab aku dah puas beli novel gune baucer yang kerajaan bagi tu. Aku memang plan nak jalan je dekt PWTC.But bile ada kawan kiteorang tak jadi meet.Kami tukar plan . Dan aku rasa loser gile  pergi KLCC bawak RM150 je .KAHKAHKAH.oke .Aku pulak bising-bising dekat muna yang aku nak beli denim .Masuk la semua kedai ,Mostly rege denim RM300 ke atas.Ceh,tak nak buat sale langsung .Gabung duit aku dengan muna pon tak cukup kak ton oi! Haha .Muna pon sama dengan aku.Plan nak g PWTC je .Btwy sempat jugak lah kami beli buah tangan dekt kiosk kecik-kecik dekt sana .Kesian gile .Haha .
haa.ni lah yang aku beli . Aku beli sebab senang nak bawak barang-barang masa masuk exam hall.Macam aku ni memang jenis bawak macam2 .Dengan speck,dengan stationaries,kalkulator,slip exam lagi,i.c .Aish ,senang cerita ,memng banyak nak kena bawak. Dengan adanya bende alah ni senang aku masukkan je semua,then angkut bawak masuk exam hall.
Kami pergi KLCC tak beli banyak barang pon.Yelah, bawak duit pon cetoit ,jangan nak ngada-ngada nak belanja like king .KAng tak pasal-pasal aku kena kerja dekat sana nak bayar hutang. HAHA . Aku dengan muna banyak pergi tempat makan je .Bagi aku lagi berbaloi beli benda makan dari beli benda yang tak keperluan.Yelah kami sentiasa beware sebab duit sikit je kan. Sebelum balik ,kami pergi beli take away secret recipe .Then sementara lepak-lepak tunggu makanan kami siap.Ada someone datang hulur sekeping card kecil macam name kad tu.Rupenya orang OKU , pekak dan bisu.Minta derma .Kire macam menderma  sambil membeli la sebab orang OKU tu jual barangan kraf tangan . Tapiiii ,derma sebanyak RM10 kau nyah! Aku macam errrr .Aku tahu sekarang ramai dah sorang buat mcam tu .Ade yang tipu.Ade yang betul.Aku malas nak bising kami share duit RM5 seorang. Bagi aku ,kalau menipu tu dosa dia .Kalau betul aku dah tolong meringankan beban .
Aku pilih keychain bentuk girl ni .Comel jugak kan ? Bthway.Nnti ada orang mintak derma mcam ni.Aku nak tgk dulu OKU dia macam mana .Kalau sepuluh orang OKU datang mcam ni.derma sepuluh ringgit pulak.Ai .bakrup aku .hikhik